Sunday 26 August 2012

Raya....?

Salam..
Maaf lah sebab dah lama tak update blog . Saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada yang membaca post ni. Itu saja..

Thursday 28 July 2011

Peperiksaan

Hari ini, saya membuat sebuah bakul kerana peperiksaan kelab kraftangan . Nasib saya baik juga kerana saya berjaya menyiapkan bakul itu . Rasanya itu sahajaa...... sekian terima kasih.  >_< 
-by aufa-

Saturday 2 July 2011

Marshmallow bersalut coklat

Bahan-bahannya :
  1. 1 peket marshmallow (yang HALAL tau!!!)
  2. 1 bar cooking coklat
Cara-caranya :
  1. panaskan coklat sehingga cair ( macam cecair tau ).
  2. sambil menunggu coklat dicairkan, cucukkan lidi ke dalam marshmallow ( untuk dijadikan pemegang).
  3. Apabila coklat telah cair, celupkan marshmallow ke dalam coklat yang telah cair itu dan celupkan marshmallow itu kedalam air yang sejuk sangat.
  4. Selepas mencelupkan marshmallow kedalam coklat, letakkan ia di dalam peti sejuk ( bahagian yang sejuk tau , kalau nak lebih sedap).
-by aufa-

Friday 1 July 2011

Minggu Kurikulum

Assalamualaikum semua !
Hari ni , sekolah saya telah mengadakan hari penutupan untuk "Minggu Kurikulum". Best, ada kuiz, story telling, tazkirah, pertandingan bijak math ( sebenarnya banyak lagi ) dan acara yang paling kemuncak adalah , kuiz perdana !!! Rasanya tu je kot , okeylah babai!

-by aufa-

Saturday 11 June 2011

A busy day...

Assalamualaikum semua! Saya rasa sangat penat hari ini....Yela.... Cat almari lah.. Itu la ..... Ini la... Tapi rasa tak penat pun , cuma otak yang busy..... Rasanya hari ini dipenuhi dengan kartoon , tapi saya tak ingat la apa yang saya buat dari pagi tadi hinggalah ke petang tadi.... Rasanya itu je kot..... Okey la... babai..... :)
-by Aufa-

Saturday 4 June 2011

Kelantan

Assalamualaikum , semua sekarang ni saya berada di kampung saya. Semasa saya berada di Kemaman , Terengganu , saya sekeluarga telah pergi ke Elephant Sanctuary dan Deerland. Best tau!!!!! Di sana, (deerland) saya memberi makan ayam , memegang ular dan yang paling best adalah memegang beruang (Sun Bear)
Kemudian saya pergi ke Elephant sanctuary. Saya menonton movie tentang gajah . Kemudian kami menunggang anak gajah. Tinggi tu rasa macam lebih tinggi daripada bas. Selepas itu, saya memandikan anak gajah yang comel2 disana...... Best tau!

-by Aufa- 

Wednesday 1 June 2011

Kuala Gandah

Esok pagi saya akan bertolak ke Kuala Gandah . Mesti best ni....Kat Kuala Gandah tu, kami akan pergi ke elephant sanctuary dan deerland .......Kitorang akan menginap di sebuah hotel yang tak berkolam di Kemaman .Kitorang duduk kat sana selama 2 hari 1 malam je . (I am very lucky)
Kemudian, kitorang akan bertolak ke kelantan pulak utk balik kampong ....Tapi orang kata sekarang ni Kelantan panas, habislaa......
-by Aufa-